Saturday 14 June 2014

Pengalaman menjadi Pelatih Giatmara, Mersing

Assalammualaikum.

Rasanya lama saya tidak update blog ini, saya sendiri pun hampir2 terlupa password hihihi.
Yang pasti kalau saya dah lama tak update.....& tetiba mula nak update pulak. Apahal !!! ada hal lah kan?
Sebenarnya setahun dua ni, saya agak tak berapa nak ada masa menghadap lappy.
Last year, saya menduduki exam SPM, busy study ( konon !) & tention ngadap buku & buat latihan.
Habis exam SPM saya tidak berehat lama, sbb mula Januari 2014 saya telah diterima menjadi Pelatih Giatmara , di Mersing, Johor untuk tempoh 6 bulan. Saya ambil Sijil Fesyen & Dressmaking.

So......nampaknya tak kesampaianlah hajat nak kerja macam member2 yg lain. Member ada yang kerja operator kilang di Senai, ada yg jadi Cikgu tadika ( tabik spring ) , kerja kat shopping center. tak kurang juga yg kerja kat petrol pump atau kedai dua ringgit !!!!! Mesti dia orang bangga giler masa dapat gaji pertamakan? Kononnya saya pun berangan nak macam tu lah, tapi Tuhan tu dah mengaturkan cerita sayalain sikit dari dia orang dan diluar jangkaan saya pun. Tapi Alhamdulillah & bersyukur.

Pada mulanya, seperti biasa sebagaimana cuti2 sekolah sebelum ini saya akan ambil kesempatan balik kerumah Nenek sebelah emak di Mersing. Gitulah juga lepas saja exam SPM, saya luangkan masa dirumah Nenek. Mulanya ada hajat nak kerja kat Mersing tapi Ayah, Mama, Nenek semua tak setuju.
Habistu....takkan saya nak duduk je kat rumah sementara tunggu result SPM. Kalau kerja kat Mersing sekurang2 nya dapat temankan Nenek kat kampung yg selama ini tinggal sorang setelah Arwah Atok meninggal +- 9 tahun lepas.

Pada satu pagi Jumaat,+- lagi seminggu dua lagi nak ke tahun baru 2014, pada masa tu tinggal saya & Nenek saja kat kampung sbb keluarga semua dah balik ke JB...... kami terima call dari Mama meminta saya datang untuk mengisi borang permohonan di Giatmara Mersing pada sebelah petang. Mama dah minta Pak Cik Anuar tolong hantar kesana & nenek juga temankan sekali. Ikut ceritanya permohonan dah penuh, malah dah terlebih yg memohon tapi, biasalah mencuba......Mama selalu kata "Jangan putus asa sebelum mencuba".

Alhamdulillah.....dipendekkan cerita saya telah diterima sebagai Pelatih Giatmara bermula awal Januari 2014.
Bermulalah suka duka, pahit manis & pelbagai rasa lagi sepanjang tempoh 'hidup' sebagai Pelatih Giatmara & tinggal di rumah nenek. Kalau diingatkan balik rasanya lebih banyak masalah dari tak ada masalah....hihihi.
Tak sama bila gi belajar dari rumah nenek dengan gi belajar dari rumah Ayah & Mama. Tak sama juga kalau perlu hidup serumah dengan nenek berbanding dengan Ayah & Mama. Susah nak dijelaskan dengan kata2 walau hanya perlu taip dihujung jari, biarlah saya simpan kenangan itu kemas dalam hati. Hanya tuhan saja yang tahu. Kalau tak kuat semangat memang dah lama saya giler.....Eh! biar betul !

T Kasih kepada PC Nuar yg banyak membantu, 'mengaturkan' urusan pergi & balik saya dari Giatmara, di kebanyakkan hari Kak Nor ( kerani PC Nuar) yg tinggal sekampung akan ambil aku di rumah Nenek sebelah pagi & hantar balik sebelah ptg dgn motornya. Cuma di kendian hari saya selalu balik lewat untuk menyiapkan jahitan & Kak Nor tak boleh tunggu saya, so ..PC Nuar lah yg akan ambil di Giatmara bawa saya balik. Banyak jasa PC Nuar ketika saya di kampung. Dahlah arrange kan pergi balik saya ke Giatmara. PC Nuar jugalah yg bertanggungjawab mendaftarkan saya belajar memandu !!! Mak Ai , biar betul !
Saya hanya booking belajar memandu pada hari cuti saja, itupun sekali datang sejam (seminggu sekali !!!)

Okey.....berbalik cerita pasal belajar jahit di Giatmara pulak ye, apa yg nak saya mulakan ialah ucapkan bersyukur diberikan kesempatan oleh Allah untuk saya menimba ilmu disitu & mengutip pengalaman berharga yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Dari zero tentang mesin jahit apatah lagi jahitan pakaian sehinggalah saya telah boleh menjahit beberapa fesyen pakaian wanita & baju melayu lelaki. Alhamdulillah.
At least, pada usia 17 tahun saya telah boleh menguasai bidang jahitan walau tidak se pro nenek !!!!!
Sekarang untuk jahit baju kurung sendiri, dah lepas okey ......kau ada ? hihihi

Pengalaman bersama tenaga pengajar !
Kalau tak kerana tenaga pengajar yg mengajar, tak kan saya boleh menjahit sekarang kan?
So....perlu saya ucapkan terima kasih kerana mencurahkan ilmu.
Disini juga saya ambil peluang untuk meluahkan perasaan saya (yg mana sebelum ini terbuku semenjak hari2 pertama belajar lagi) terhadap beberapa sikap Cikgu yang mengajardi Bengkel jahitan.
Saya meletakkan tahap seorang Cikgu itu tinggi sbb dari dia ada ilmu, maka dengan ilmu itu lah dia mendidik anak bangsa. Dgn ilmu jugalah dia dapat kerja dan mendapat gaji!!!
Tanggungjawab Cikgu untuk mengajar & tanggungjawab pelatih ialah belajar. Belajar sebab tak tahu @ tak pandai. Kalau dah terror menjahit takkan nak belajar kat situ kot! dan pelatih pun tentu ada yang cepat pick up & ada yg slow sikit. Ada juga yg cepat siapkan jahitan tapi hasil kurang memuaskan & ada juga yg lambat nak siapkan tapi hasil memuaskan. belum lagi cerita perangai sorang sorang. Sikap manusiakan berbeza beza, datang pula dari latar belakang yang berbeza. Kalau nak semua sepesen je, payahlah.
Senang cakap Cikgu pun manusia biasa, yang bersikap berbeza beza....hmmm mustahil tak? tak kan!!!!!
Itulah nak saya luahkan...dgn mukadimah yg panjang & berhalus, supaya jelas & tak keliru.

Saya sebagai wakil rakan2 yg seangkatan saya, sangat tak gemar  dengan sikap Cikgu Nurul !!!!!!!! terus terang saya katakan , makin lama makin hilang rasa hormat pada Cikgu Nurul , bakinya hanya perasaan takut yg ada..... pun bukan takut dimarahi @ di sound dgn kata2 yg menyakitkan, tapi takut hati ini tambah2 berdendam dgn Cikgu Nurul & lantas ilmu jadi susah nak 'masuk' dalam kepala otak! Sabar je lah hati ye.

Kami lebih takut dari sepatutnya rasa hormat pada Cikgu Nurul. Rasa hormat dah letak nombor 2 atau mungkin paling last sekali bagi sesetengah kami. Sikap Cikgu yang tak mesra alam, susah nak bertanya & lebih2 lagi nak tanya 2 kali alamat kena sound lah dengan lagak yang sombong...berangin & beremosi ( bermakna ada masa elok ada masa tak elok gitu ) &  kalau saya boleh katakan Cikgu tak hormat perasaan anak murid. Ada rakan2 yg kurang faham @ tak faham langsunglah senang cakap (maklumlah kami ni baru nak belajar)....lebih rela jahit je salah dari nak menanya Cikgu SEBAB kalau tanya pun kena marah , buat salahpun kena marah, sama je . itu mentaliti sesetengah rakan2 saya.

Saya pulak yg suka bertanya bila kurang faham @ tak dengar sbb duduk meja belakang sekali, di chop BLUR! patut ke kalau anak murid tak faham bertanya & patut ke anak murid yg kerap menanya dichop BLUR! sebab saya nak belajarlah saya 'kuatkan semangat' bertanya Cikgu selama belajar di kelas. Kalau saya ada pilihan bertanya pada rakan2 yg faham, kalau dia orang juga tak faham....habislah, nasibnya saya tak de pilihan selain 'terpaksa' bertanya pada cikgu juga. SEBAB NAK BELAJAR PUNYA PASAL saya hadap juga. Apatah lagi Mama yg suruh saya bertanya kalau tak faham, Mama nak tahu saya keluar Giatmara mesti dah tahu menjahit !!! itu je objektif  Ayah & Mama yg jelas.
Tapi saya taklah kata semua pelatih menerima nasib yg sama, ada segelintir yg 'terselamat' antaranya yg berumur sikit atau yang dah pandai sikit menjahit. Senang Cikgu Nurul nak ajar. Atau mungkin anak2 staf ke @ anak2 Cikgu ke..... selamat le.

Ada satu ketika, hasil kerja saya menjahit sepasang baju kebaya langsung Cikgu Nurul tak ambil dari tangan saya & dengan selamba kata malas nak bagi markah !!!!! Ya ...saya faham kalau Cikgu marah kerana saya hantar lambat tapi tetap siapkan pada hari yg sama Cikgu Nurul kasi markah pada pelatih yag lain, (cuma bezanya saya hantar selepas Cikgu dah bagi markah pada yg lain - pada hari yg sama!!!!!!!!) kerana masa Cikgu tgh bagi markah pada yg lain tu lah....saya bertungkus lumus menyiapkan baju tersebut SEBAB sebelum itu saya ada ambil cuti +- 3 @ 4 hari  hari kerana balik ke JB  dan bersama keluarga untuk hadiri temuduga di KKTM, N. Sembilan, lepas temuduga kami terus balik Mersing. Esoknya terus masuk semula Giatmara saya try jugak speed menyudahkan  baju tersebut....TAKKAN LANGSUNG TAK ADA PERTIMBANGAN, bukan saya lewat sehari @ seminggu dua dari yg lain pun....saya siapkan juga pada hari yg sama cikgu bagi markah. walau saya telah cuti 3 hari !!!!!. Kalau memang tugasan tu dah lama dibagi suruh siap, tapi yg lain pun sama2 lebih kurang siap dgn saya jugak.
Yang paling saya KECEWA.....SEDIH......HAMPA......bila Cikgu langsung tak nak tenguk baju saya, hasil usaha saya langsung macam tak berharga. Padahal punyalah saya berbangganya kalau Cikgu tenguk baju saya tu walaupun tak bagi markah.....ini pegangpun tak nak !!!!!!  susah sangat ke nak menghargai Cikgu !
Saya mengadu pada Mama hal tersebut (ialah pada siapa lagi nak ngadu), Mama pun bungkus baju itu & kirim melalui seorang pelatih yg lain untuk dibagi pada Kak Ima , (kerani ) dgn berwhatsapp Mama pesan supaya berikan pada Cikgu Nurul tuk diberi markah, kalau tak nak juga berikan pada Encik Apandi ( pengurus) pulak. Entahlah, saya tak tau apa nasib baju kebaya saya tu sekarang ni.

Belum lagi cerita saya masuk dalam tong sampah besar & siap bongkar2 mencari 'benda alah' yg kemungkinan saya terbuang setelah kami semua disuruh mengemas tempat belajar masa mula2 start dulu. Cikgu suruh kemas, kami kemaslah ye.....benda bersepah semua buanglah. Kalau tahu  'benda alah' tu penting,   kenapa Cikgu tak simpan elok - elok, letak je sepah2, pastu tak cakap awal2 yg itu ke yg ini ke jgn buang !!!!! Lepas dah habis kemas barulah nak  tanya  (sorry ....marah ye ) pulak kita ada tak terbuang itu ini & lepas tu suruh pulak PERGI CARI SAMPAI DAPAT...... saya pun tak pasti samada sayalah yg terbuang atau pelatih lain tapi dah ditunjukkan benda alah tu dikatakan ada kat area saya duduk,  TERPAKSA JADI ORANG BODOH.
Tahniah Cikgu Nurul  sebab seawal sehari dua sebagai pelatih, saya  saya dah mula hilang rasa hormat .....
Mesti ke Cikgu itu sentiasa berada di pihak yang betul saja @ mesti ke anak murid aje yang buat salah?

Kalaulah saya boleh merayu utk cadangkan pihak pengurusan buatlah survey terhadap pelatih2 tentang sikap Cikgu semasa mengajar . Kalau setakat sorang yang buat aduan tentu susah nak percaya atau boleh abaikan asal boleh je. Tapi saya kesian pada pelatih2 generasi akan datang yang akan sempat belajar dengan Cikgu yg bersikap begini. Kalau dia dah bosan nak mengajar @ bekerja, saya sarankan berhenti je lah Cikgu ye.
Kerana sikap Cikgu sorang ni, boleh merosakkan imej Giatmara. Memang saya setuju Cikgu 'pandai' sangat menjahit & 'pakar' sangat sangat dalam bidang jahitan tapi itu bukanlah tiket untuk memandang rendah @ memperlekehkan anak murid yang nak belajar.... kalau Cikgu cerdik pandai sangat pun tentu tak duk mengajar kat situ, dah jadi Pensyarah kat Universiti ke @ memiliki PHD !!!!! barulah boleh nak berlagak.
Oh! baru perkataan berlagak tu keluar sekarang ye....itulah perkataan yg tepat ditujukan pada Cikgu Nurul.

Sikap Cikgu Nurul saya jadikan iktibar & menyedarkan saya, Insya Allah kalaulah impian saya untuk menjadi Pensyarah / tutor @ tenaga pengajar di istitusi pengajian tinggi dlm bidang jahitan & fesyen nanti tercapai kelak, Insya Allah. Agar yg diingati  oleh anak murid @ pelajar kealk adalah jasa & bakti  ketika mencurah ilmu & sikap yg dihormati.

Lagi satu, cadangan saya khas buat pihak pengurusan Giatmara Mersing, dimasa akan datang,  terimalah pemohonan dari bakal pelatih yang dah tahu menjahit je, so.....senang sikit Cikgu Nurul nak mengajar.
Kalau ambil yang tak tahu menjahit, kesian pulak pelatih yang nak belajar !!!!! 
kesian.....kesian.....kesian...... serius.

Kepada yg berkesempatan membaca entry ni, fikirlah sendiri pengalaman yg macam mana ' berharga' yang saya dapat di Giatmara Mersing. Kepada yang baru nak memohon stand by je lah ye.
Mungkin pengalaman & nasib kita tak sama ........mungkin anda bernasib baik menjadi anak murid dalam kategori 'selamat' dari Cik Nurul.

T. Kasih kepada Giatmara Mersing yang banyak berjasa & mengajar erti kesabaran demi menimba ilmu.








11 comments:

Mizz Azie said...

kesian,,,,

Miina00 said...

Mak ai

Unknown said...

Slm saudari aziera
Nk tanya,giatmara yuran&mkn mnm dia tanggung ke?
Pastu kena pakai baju khusus ke tiap2 hr pegi bljr kt giatmara tu@pakaian bebas je?

Unknown said...

Bole rasa ape yg adik lalui...cikgu x sepatutnya punya sugar yg begitu. Betul kata adik, masuk Giatmara sebab Kita nak belajar. Kalau dah pandai buat apa nak belajar. Semoga cikgu Nurul mendapat hidayah utk ikhlas mendidik anak2 ini.

Tiada nama said...
This comment has been removed by the author.
Kang Hana said...

Ntah2 awak yg bermasaalah huhu..

THIRTEEN said...

Jangan dengar ckp dia ni.. Mcm pelik je apa yg dia cerita.. Saya n the gang happy je belajar dgn cg Nurul.. Klau kene marah sikit2 tu biasa la adat belajar.. Sepanjang saya menuntut ilmu dari sk ke peringkat U.. Belajar di Giatmara Mersing paling bestšŸ‘.. Kenapa?, sb seronok menuntut ilmu dgn gurunya.. Lagipun, dah ramai anak murid cg Nurul yang berjaya.. Jadi mari la belajar Menjahit di Giatmara Mersing ❤️šŸ¤©

THIRTEEN said...

Agak2 kene padam tak ek nanti sb tak sama pendapat dgn authoršŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Chibi_illnois said...

Author ad masalah hati ni.. hahahahahah

Chibi_illnois said...

Wujud lagi ke author ni.. klau wujud lagi lambat laun mesti kene padam komen annn.. hehehehe..

Mohamed Mokhtar said...

author dah jadi lecturer fashion dah, huhu

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates