Sunday 15 June 2014

Pendaftaran ke University College Shahputra (UCSA)

 
                                                                            Alhamdulillah.

University College Shahputra, Kuantan, Pahang.

Sejurus selepas dah dapat nombor pin UPU saja terutama selepas result SPM, apa aje saya tak try apply on-line , UPU , MARA, KYPJ dan lain - lainnya. Bukan yang lain tu langsung tak berjaya, ada juga beberapa permohonan berjaya tapi bila dah dapat, Contohnya UniKL - Diploma in Nursing....tup tup Ayah kata dia tak nak saya jadi Nurse !!!! Alahai.

Oleh kerana saya minat dalam bidang jahitan & rekaan fesyen, saya juga google IPTA / IPTS yg menawarkan bidang tersebut. merujuk kepada result SPM 2013 saya tidak ada ambil sebarang subjek lukisan @  jahitan....agak sukarlah diterima untuk Diploma Seni lukis & Seni reka / Senireka Fesyen.
Saya tidak mahu juga menerima tawaran yg menawarkan bidang yg tidak saya minat, takut tak boleh 'bawa'.

Alhamdulillah, mungkin dah ditakdirkan Allah SWT, permohonan saya secara on-line ke University College Shahputra, Diploma Senilukis & Senireka (Fesyen) UiTM telah diterima. , Bila bagitau Ayah, terus setuju saja, begitu juga Mama. Lagipun, sepanjang tempoh menunggu result SPM saya memohon menjadi Pelatih Giatmara & telah mengambil Sijil Fesyen & Pembuatan Pakaian , Januari 2014 - Jun 2014.
Sebenarnya saya langsung tak menyangka bahawa suatu hari menjejak kaki ke UCSA sebagai student. So, pada tarikh & masa yg telah dinyatakan dalam surat tawaran, saya pergi mendaftar dgn ditemani seluruh keluarga, Ayah, Mama & 2 org adik lelaki. Sehari sebelum tarikh itu, kami dah bermalam di Kuantan.





University College Shahputra (UCSA) merupakan satu - satunya IPTS yang menawarkan program Rekaan Fesyen di kawasan pantai timur, melalui program kerja sama UiTM. Memandangkan ianya berada di pantai timur , nampaknya agak mudah sekiranya saya nak balik kampung samada kerumah Nenek di Mersing ataupun kerumah keluarga di JB. Lagipun kebelakangan ini, Ayah banyak dapat job ( project) kat Kuantan, bolehlah Ayah selalu jenguk2 saya....harap2 macam tu lah.

Pada pagi 9hb Jun 2014, +- 9.15 am kami telah sampai di UCSA untuk pendaftaran.


Suasana di dalam dewan pendaftarn, masih awal pagi & belum ramai yg sampai.



Nampak tak HB, Pencil case & botol air saya tu.....

A
Ayah, Iman & Angah
Ayah


Mama, nak interframe jugak 

Mama & Ayah kat UCSA Cafe


Selepas settled proses pendaftaran & kami dibenarkan keluar sehingga pukul 2 petang untuk proses masuk keasrama. So....bermula kehidupan saya buat pertama kali tinggal diasrama.
Bilik saya terletak di tingkat 3, dapat katil atas hujung sekali dekat dinding &almari pun dapat dihujung juga.


Suasana dalam bilik asrama.

Almari.


Lepas dah settled kemas katil & apa2 yg patut, kami dibenarkan keluar dari asrama & perlu masuk semula selewatnya 11 malam tersebut. Ayah terus bawa kami ke RHB Islamic Bank utk buka akaun ( sebagai persedian  pinjaman MARA). Selasai segala urusan di bank, hari pun dah petang. Kami balik ke Homestay Ayah ......berehat .
Malam +- 8.30pm kami keluar makan terlebih dahulu sebelum kami ke asrama semula. Lama juga kami sekeluarga berbual2 di bawah bangunan asrama. Banyak nasihat yg diberikan oleh Ayah & Mama.
Pukul 11.00pm Ayah & Mama serta adik2 lelaki saya semua terpaksa meninggalkan saya di asrama.

Cepatnya, 9hb' Jun 2014 berlalu.












0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates