Alhamdulillah.
|
University College Shahputra, Kuantan, Pahang. |
Sejurus selepas dah dapat nombor pin UPU saja terutama selepas result SPM, apa aje saya tak try apply on-line , UPU , MARA, KYPJ dan lain - lainnya. Bukan yang lain tu langsung tak berjaya, ada juga beberapa permohonan berjaya tapi bila dah dapat, Contohnya UniKL - Diploma in Nursing....tup tup Ayah kata dia tak nak saya jadi Nurse !!!! Alahai.
Oleh kerana saya minat dalam bidang jahitan & rekaan fesyen, saya juga google IPTA / IPTS yg menawarkan bidang tersebut. merujuk kepada result SPM 2013 saya tidak ada ambil sebarang subjek lukisan @ jahitan....agak sukarlah diterima untuk Diploma Seni lukis & Seni reka / Senireka Fesyen.
Saya tidak mahu juga menerima tawaran yg menawarkan bidang yg tidak saya minat, takut tak boleh 'bawa'.
Alhamdulillah, mungkin dah ditakdirkan Allah SWT, permohonan saya secara on-line ke University College Shahputra, Diploma Senilukis & Senireka (Fesyen) UiTM telah diterima. , Bila bagitau Ayah, terus setuju saja, begitu juga Mama. Lagipun, sepanjang tempoh menunggu result SPM saya memohon menjadi Pelatih Giatmara & telah mengambil Sijil Fesyen & Pembuatan Pakaian , Januari 2014 - Jun 2014.
Sebenarnya saya langsung tak menyangka bahawa suatu hari menjejak kaki ke UCSA sebagai student. So, pada tarikh & masa yg telah dinyatakan dalam surat tawaran, saya pergi mendaftar dgn ditemani seluruh keluarga, Ayah, Mama & 2 org adik lelaki. Sehari sebelum tarikh itu, kami dah bermalam di Kuantan.
University College Shahputra (UCSA) merupakan satu - satunya IPTS yang menawarkan program Rekaan Fesyen di kawasan pantai timur, melalui program kerja sama UiTM. Memandangkan ianya berada di pantai timur , nampaknya agak mudah sekiranya saya nak balik kampung samada kerumah Nenek di Mersing ataupun kerumah keluarga di JB. Lagipun kebelakangan ini, Ayah banyak dapat job ( project) kat Kuantan, bolehlah Ayah selalu jenguk2 saya....harap2 macam tu lah.
Pada pagi 9hb Jun 2014, +- 9.15 am kami telah sampai di UCSA untuk pendaftaran.
|
Suasana di dalam dewan pendaftarn, masih awal pagi & belum ramai yg sampai. |
|
|
Nampak tak HB, Pencil case & botol air saya tu..... |
|
|
A |
|
Ayah, Iman & Angah |
|
Ayah |
|
Mama, nak interframe jugak |
|
|
Mama & Ayah kat UCSA Cafe |
Selepas settled proses pendaftaran & kami dibenarkan keluar sehingga pukul 2 petang untuk proses masuk keasrama. So....bermula kehidupan saya buat pertama kali tinggal diasrama.
Bilik saya terletak di tingkat 3, dapat katil atas hujung sekali dekat dinding &almari pun dapat dihujung juga.
|
Suasana dalam bilik asrama. |
|
Almari. |
Lepas dah settled kemas katil & apa2 yg patut, kami dibenarkan keluar dari asrama & perlu masuk semula selewatnya 11 malam tersebut. Ayah terus bawa kami ke RHB Islamic Bank utk buka akaun ( sebagai persedian pinjaman MARA). Selasai segala urusan di bank, hari pun dah petang. Kami balik ke Homestay Ayah ......berehat .
Malam +- 8.30pm kami keluar makan terlebih dahulu sebelum kami ke asrama semula. Lama juga kami sekeluarga berbual2 di bawah bangunan asrama. Banyak nasihat yg diberikan oleh Ayah & Mama.
Pukul 11.00pm Ayah & Mama serta adik2 lelaki saya semua terpaksa meninggalkan saya di asrama.
Cepatnya, 9hb' Jun 2014 berlalu.