Sunday 12 February 2012

Melawat ke Negeri Melaka (Zoo Melaka)

Semasa melawat ke Negeri Melaka pada 23hb' Januari 2012, keluarga aku sempat melawat di Zoo Melaka. Mengikut kata Mama ini adalah kali kedua buat aku kesini , kali pertama semasa aku berumur +- 3 tahun, ( adik aku Iman belum lahir lagi masa tu ). Masa tu nenek & arwah atok ada ikut sekali, malangnya aku tak ingatlah.
Bermakna lebih sedekad dah tak jejak ke Zoo Melaka ni, Mama kata tak banyak perubahan pun.
Kali ini sepupu aku Amni ( anak sedara Ayah / anak Mak Long sebelah Ayah ) ikut sama sebagai pemandu pelancong tak rasmi. Kami hanya berjalan kaki saja semasa di dalam zoo & sangatlah penat nak habiskan perjalanan tu. Luas sungguh zoo Melaka ni, berapa batu kita orang berjalan agaknya ya.

Nurul Hazirah di Zoo Melaka


Nurul Hazirah di Zoo Melaka


Taqhifah Amni di Zoo Melaka

Taqhifah Amni di Zoo Melaka

Zainul Haziman & Nazrul Hamizan di Zoo Melaka

Nazrul Hamizan di Zoo Melaka





Taqhifah Amni di Zoo Melaka

Puaslah tenguk haiwan haiwan dalam zoo tu.... paling cute tenguk spesis burung cenderawasih tau.

Melawat ke Negeri Melaka (Keretapi lama)

Antara gambar gambar yang diambil semasa jalan jalan di Bandar Melaka pada 23hb' Januari 2012.  Gambar diambil  berlatarbelakang dua gerabak keretapi lama. Aku sendiri tak pernah merasa naik keretapi . Jadi setakat naik keretapi yang tak bergerak ni pun dah kira bagus. Merasalah juga kan?

Percutian ke Negeri Melaka (Keretapi lama)
Percutian ke Negeri Melaka (Keretapi lama)

Percutian ke Negeri Melaka (Keretapi lama)


Percutian ke Negeri Melaka (Keretapi lama)
Adik Zainul Haziman & Adik  Nazrul Hamizan.

Percutian ke Negeri Melaka (Keretapi lama)
Inilah mama aku, boleh tahan bergaya jugak kan?

Percutian ke Negeri Melaka (Keretapi lama)

SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN, sessi photography

Bersama keluarga bercuti di negeri Pahang pada 4hb - 8hb Februari, 2012.

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.   

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  
Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  

 Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  

 Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  
Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.
 Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.  



Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Jacuzi

Tuesday 7 February 2012

SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN, Beserah, Kuantan, Pahang.

Pada 4hb' Februari 2012, kami sekeluarga ke Negeri Pahang. Tujuan asalnya adalah untuk memenuhi jemputan kahwin saudara sebelah Ayah di Balok. Sebulan sebelum majlis Ayah dah awal awal lagi booking Hotel Swiss Garden untuk kami menginap selama disana. Hotelnya dekat sangat dengan rumah pengantin tu,
Pagi tu......kami dah bangun seawal jam 4.30 am. Konvoi 3 buah kereta bersama saudara Ayah yang lain dari JB juga. Adalah 3 tempat singgah berehat kejap sepanjang perjalanan. Sampai di majlis dah jam 1.30pm.
Memang sedang elok tengah lapar sangat, terus makan.  Sedap pulak tu, masakan nya, berbaloi jugak gi jauh2..Kami hanya duk 3 jam saja di Majlis tu, lepas tu......terus check in Hotel.  Berehat setelah perjalanan yang agak memenatkan. Kalau aku penat tentu....Ayah lagi penatkan? maklumlah Ayah drive kereta. Kesian!
Petangnya terus ke swimming pool...... & esok pagi & esok petangnya & lusa paginya....pendek kata tak buang masa lah! Dengan cuaca yg panas terik tapi kami abaikan saja demi seronok. Balik semua rentung.
Malam pertama Ayah bawa kami ke Pantai Telok Chempedak. Tak nampak sangat pemandangan kat situ maklumlah malam, tapi yg syoknya ada banyak gerai jualan, macam2 lah..... malam tu kami makan prosperity burger je....simple but enjoy.
Esok paginya lepas serapan, Ayah ajak main Ping Pong,  main Snooker, yg tak pernah aku main sebelum ni.
Kita main sepuas puasnya. ialah kalau kat JB mana aku  dapat main, kalau ada pun tempatnya 'tak sesuai!'
Petang lepas, swimming aku & Mama ke masuk Sauna.....mmmm kami cuma sanggup bertahan selama 15 minit je. Meyeksakan berpanasan dengan ketulan batu macam dari gunung berapi. Dahlah kami berdua je ada pada masa tu....
Esoknya, hari ketiga, lepas serapan sempat jugak kami ke Swimming Pool sebelum berkemas untuk check out jam 12.30 pm. Kami terus ke rumah nenek di Mersing, sampai jam 4.30pm terus menikmati makan tengah, dah terlalu lambat. tapi oleh sebab masakan nenek yang sedap....berbaloilah berlapar tadi kan?
Lepas maghrib teruskan perjalanan pula & sempat singgah rumah Atok Man ( Atok sebelah Ayah ) di Tenggaroh. Aku & adik2 hanya larat tertidur depan TV. Tahu tahu Ayah kejutkan jam 11.00pm untuk teruskan perjalanan balik ke JB.
Alhamdulillah selamat sampai kerumah lebih kurang 2 pagi.

Template by:

Free Blog Templates